Assalamualaikum
Kereta ? Rumah ? Financially Free? Tidaklah sepenuhnya free tapi..yaa.. boleh survive ?
Allahu sis! Janganlah mengeluh. Setiap orang akan ada kesusahannya. Akan ada kelebihannya. Akan ada kekurangan dan kelebihan. Di manakah silapnya ? Usaha yang tidak seberapa untuk mengubah nasib sendiri atau usaha untuk mempertingkatkan diri menjadi seorang yang berguna atau usaha untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam hidup.
Ikutkan kejayaan sahabat lain, banyak yang telah menempuh kejayaan. Siapa yang tidak ingin menjadi seorang yang bekerjaya ? Bekerjaya dan berjaya dalam semua aspek kehidupan.
Ada yang hidupnya, diberikan kejayaan tanpa dia perlu berusaha. Ada yang kehidupannya perlu melalui pelbagai bentuk cabaran dan dugaan sebelum dia dapat merasai sebuah kejayaan. Ada jalannya dipermudahkan dan ada sesetengahnya perlu melalui onak ranjau.
Belum berkahwin, hidup masih terumbang ambing..tapi dirasakan seolah hidup serasa seperti yang paling teruk. Ada yang sudah mempunyai keluarga, inginkan kehidupan seperti ku yang bebas dan belum terikat dengan apa-apa komitmen.
Jika diberi pilihan, putarkan semula masa akan aku buat sehabis baik untuk bisa menjadi seorang yang terbaik dan berjaya untukku, keluargaku dan agamaku. Jadikan aku yang terbaik.
Jika diberi pilihan, putarkan semula masa akan aku buat sehabis baik untuk bisa menjadi seorang yang terbaik dan berjaya untukku, keluargaku dan agamaku. Jadikan aku yang terbaik.
inshaallah semoag dipermudahkan
ReplyDelete