Friday, August 31, 2018

Seven years ago, end today.

Assalamualaikum.

Dulunya, aku buka blog untuk aku simpan semua kenangan cintaku. Aku abadi semua coretan melalui tinta dan tiap patah ayatku untuk dia yang pernah bertakhta di hati. Dulunya yang penuh dengan bunga, tapi disebalik semua kisah, memori terlahir satu pengajaran untukku. 

****************

Cinta yang dulunya mekar, mekar semekarnya dua hati bertaut kasih menyulam impian dan angan untuk bersama suatu hari nanti. Tapi, tidak semua kisah cinta berakhir dengan bahagia. Ribut badai menimpa di pertengahan jalan, membuat hati makin rapuh. Berkecai segala impian yang pernah termeterai antara dua hati. 

Cuba untuk menjalani hari bersama hati yang rapuh. 7 tahun berlalu, masih menyimpan harap agar kasih bertaut kembali. Tetapi dia adalah sebaik baik perancang. Untukmu yang terbaik diberikan oleh-Nya. Aku yakin itu. Sempat sekejap aku meratapi akan takdir yang terjadi. Aku mencuba keras untuk meredhakan semuanya. Masih mencuba. 

Hari ini bertukar sudah status dirimu. Bertambah sudah tanggungjawabmu. Engkau adalah terbaik, aku yakin kau pasti akan jadi yang terbaik. Suami terbaik untuk pasanganmu. Seakan perajurit yang berkorban nyawa untuk negara, hari ini aku korbankan rasa yang tercipta tujuh tahun dahulu. 

7 tahunku, aku noktahkan di sini. Cukup sekadar aku membawa angan dan impian yang telah lama kau kubur. Dan aku yakin dengan perlahan akan menghilang dari kotak memoriku. 


****************

Cinta tidak seharus memiliki. Semoga hati kita sentiasa berada dalam jagaan-Nya. Kuatlah hati, bertabahlah. 




Ikhlas dariku, 
Untukmu. 

No comments:

Post a comment