Monday, July 10, 2017

26 and have nothing.



Assalamualaikum


Kereta ? Rumah ? Financially Free? Tidaklah sepenuhnya free tapi..yaa.. boleh survive ?

Allahu sis! Janganlah mengeluh. Setiap orang akan ada kesusahannya. Akan ada kelebihannya. Akan ada kekurangan dan kelebihan. Di manakah silapnya ? Usaha yang tidak seberapa untuk mengubah nasib sendiri atau usaha untuk mempertingkatkan diri menjadi seorang yang berguna atau usaha untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam hidup. 

Ikutkan kejayaan sahabat lain, banyak yang telah menempuh kejayaan. Siapa yang tidak ingin menjadi seorang yang bekerjaya ? Bekerjaya dan berjaya dalam semua aspek kehidupan. 

Ada yang hidupnya, diberikan kejayaan tanpa dia perlu berusaha. Ada yang kehidupannya perlu melalui pelbagai bentuk cabaran dan dugaan sebelum dia dapat merasai sebuah kejayaan. Ada jalannya dipermudahkan dan ada sesetengahnya perlu melalui onak ranjau. 

Belum berkahwin, hidup masih terumbang ambing..tapi dirasakan seolah hidup serasa seperti yang paling teruk. Ada yang sudah mempunyai keluarga, inginkan kehidupan seperti ku yang bebas dan belum terikat dengan apa-apa komitmen.

Jika diberi pilihan, putarkan semula masa akan aku buat sehabis baik untuk bisa menjadi seorang yang terbaik dan berjaya untukku, keluargaku dan agamaku. Jadikan aku yang terbaik.






Friday, July 07, 2017

Berkat Jumaat

Assalamualaikum


Salam jumaat. Berkat ? Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni, kiranya dimulakan dengan keberkatan. Berkat untuk dipermudahkan segala urusan.  Tengah serabut fikir tentang kerja. Masuk sebulan lebih dah dekat tempat kerja baru. Tapi, still tidak menyumbang apa-apa untuk keberuntungan company. Still, sebulan lepas makan gaji buta. Tanpa menyumbang apa-apa. But still...perkara sama akan terjadi juga untuk bulan ini. Di mana keberkatan yang diredhai untuk kerjaku? Aku ingin kerja yang aku lakukan, gaji yang aku dapat...diberkati oleh-Nya. Supaya dapat aku salurkan keberkatan tersebut untuk kedua orang tuaku, kepada keluargaku dan kepada sesiapa yang aku sumbangkan duit gajiku ini. 

Semoga di hari penuh berkah ini, Engkau mendengar segala doa-doa dari hambamu yang kerdil ini ya Allah. Permudahkanlah. Permudahkanlah segala urusanku ya Allah. Permudahkanlah. Amin. Amin Amin. 



Wednesday, July 05, 2017

A lost women with hope

Assalamualaikum. 




Hello July! still the same ME, the old me. Langsung tiada perubahan, langsung tiada perubahan dalam hidup. LIFELESS ME. CLUELESS ME. Still tercari-cari lagi diri sendiri I guess. When others achieve their goals in life...but me, tersadai. Tersadai dan tekapai-kapai since 2 years ago. Allahu! dah hampir dua tahun, jatuh dan tidak mampu untuk bangun. Betapa sebuah 'relationship' can demoralized dan buat all your dreams and hope turn nothing. Seperti debu yang berhamparan di udara. Seperti hati yang tertusuk sembilu. 

Payahnya untuk aku bangun. Tiap kali berdiri pasti akan tersungkur kembali bila mengingati semuanya. Cuba untuk menjadi kuat, cuba untuk kuatkan hati...cuba untuk kuatkan diri... untuk melihat sendiri kejayaan diri kejayaan diri dapat membawa kebahagian untuk yang lain terutama keluarga. Sayangnya! Tiap kali bersendiri, aku cuba untuk tiupkan sendiri semangat hidupku..untuk aku bisa bangkit jadi seorang yang berguna jadi seorang yang aku bangga untuk menjadi diriku sendiri. Beribu kata nasihat, beribu pepatah dan kata kata semangat yang aku cuba hadam untuk diriku tapi semuanya layu dan terkubur di benak hatiku tanpa aku hadam intipati setiap dari kata-kata tersebut. Bodohkah aku? Lemahkah aku? 

Yang meninggalkan sudah mengorak langkah kejayaan dan kebahagiaan.. tapi yang ditinggalkan ??? Masih tersadai, masih terkapai dan masih berharap untuk diberikan peluang ke dua untuk merubah segala yang pernah terjadi. Sampai bila ? Sampai bila aku harus terus begini ? Andainya diri ini dapat melangkah ke hadapan tanpa perlu menoleh untuk mengingat semua perkara duka yang pernah terjadi. Andainya, semua ini tidak pernah berlaku... Andainya perhubungan ini tidak pernah terikat. Andainya rasa ini tidak pernah mekar dalam hati ini. 

Bilamana aku mengkedepankan hatinya, cintanya melebih diriku sendiri. Melebihi pencipta-Ku sendiri, ini yang aku terima. Rasa sakit yang teramat untuk aku hadapi. Silapku. Khilafku. Andai dapat aku putar dan undur kembali semua masa dan waktu yang pernah terjadi. 

Bulan berlalu, menjadi tahun. Dan tahun berlalu menjadi panjang... dan aku masih di sini. Belum mengecapi kejayaan dan kebahagian untuk diriku sendiri , untuk keluargaku untuk agamaku. Bantu aku. Bantu dirimu sendiri. Bantu dirimu sendiri untuk bisa bangkit semula walau banyak mana masa di ambil. 





Coretan untuk diriku. 
5/7/2017

Thursday, April 27, 2017

A trip to Ranau-Kundasang (Part Gunung Kinabalu)

Assalamualaikum

Gunung Kinabalu as at April, 2017

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu! 

Cuaca yang cerah, awan tersergam indah berteman langit biru yang sungguh cantik. Inilah pemandangan Gunung Kinabalu yang terkini. Setelah tragedi runtuhan  tahun lalu..potret pemandang figura gunung yang tidak lagi sama seperti sebelumnya akan tetapi tetap tersergam indah dan sentiasa menjadi mercu tanda Negeri Sabah di Bawah Bayu. 

A-ppa & Eom-ma

Well, sempatlah juga tangkap gambar mama & bapak berlatar belakangkan ciptaan Allah yang sangat indah. Inilah kali pertama rasanya, berkunjung ke daerah Ranau-Kundasang untuk bercuti (jenis family yang bukan kaki bercuti-cuti Malaysia) sebab time ni dalam family cuma aku(eon-ni sulung), eom-ma dan a-ppa yang pergi + Johor ga-jog yang datang bercuti sempena perkahwinan o-ppa sulung ku. Dua younger eon-ni ku tidak dapat join sekaki sebab 1st younger eon-ni(Ima) seorang Navy berkhidmat di Pahang dan 2nd eon-ni time ni ke sekolah setelah bercuti sendiri sebelum pernikahan o-ppa hari tu. Actually pengangkutan sudah disewa, dengan harapan my whole ga-jog dapat join this trip. But nevermind, pasti akan ada siri percutian yang lain, right?

Johor ga-jog (missing in photo: a-ppa and na! )
Alhamdulillah praise to Allah! Masih berkesempatan untuk melihat ciptaan-Mu. Masih berkesempatan untuk bercuti di samping keluarga. 26 dan masih bersama keluarga, masih dapat bercuti bersama. Alhamdulillah! untuk setiap masa bersama, untuk setiap keindahan yang dilihat sempurna. Masih diberikan kesihatan. 


Sunday, April 23, 2017

Kehilangan

Assalamualaikum

Orang tanya, sakit apa yang paling sakit.
Pertama aku jawab sakit gigi.
Keduanya, sakit kepala sebab Migrain.
Itu betul tapi sakit jenis itu, semua orang sudah lali.
Bagi aku, sakit yang terpaling bengkak, ialah KEHILANGAN.Melihat orang yang kau sayang dari jauh, itu sakit.
Melihat orang yang kau sayang tapi kau tahu dia bukan
milik kau,
itu paling sakit.
Melihat orang yang kau sayang tapi kau tak mampu tegurnya lagi,
itu maha sakit.
Melupakan segala kenangan manis bersama itu bukan mudah.
Kerana hati itu jenisnya mengingat.
Sekali manusia usik hati kau dan buat dia tersenyum,
dia akan ingat mungkin buat selamanya.
Kerana itu agama suruh jaga hati.
Kerana semuanya bermula dari hati.
Jujurnya,
bukan mudah, tahan tangan untuk capai telefon dan tanya
khabar seperti biasa.
Bukan mudah, tahan fikiran kau ingat manusia yang buat kau
sering tersenyum.
Bukan mudah, tahan tangan kau untuk capai mouse lihat
perkembangan dia.
Bukan mudah.
Tipulah kalau tak rindu.
Tipulah.
Hati kau bukan besi.
Kau mana boleh tipu hati kau.
Bila mana kau nak tipu, hati kau dah tahu.
Menyedihkan sungguh.
-(Reinkarnasi Bab18-Kehilangan)
 

Sejujurnya kehilangan buat kita sedar. Sedar betapa pentingnya setiap masa yang pernah kita lalui bersama. Kalau punya kuasa magis, ingin saja kita putar balik setiap masa yang pernah terluang bersama. Untuk perbaiki segala kesilapan yang pernah termeterai dulu. Kehilangan buat kita rasa tersungkur jauh, terobek dan tercarik hati. Andai setiap pertemuan itu tidak ada noktah berhentinya, tidak perlulah kita merasa betapa sakitnya suatu kehilangan. Biarkanlah kehilangan ini mematangkan lagi kehidupan di masa ke depan. Biar diri jadi lebih kuat, biar hati jadi lebih sabar.  
 
"Termenung sis mengenang setiap kehilangan yang sis lalui."