Assalamualaikum
Salam jumaat. Berkat ? Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni, kiranya dimulakan dengan keberkatan. Berkat untuk dipermudahkan segala urusan. Tengah serabut fikir tentang kerja. Masuk sebulan lebih dah dekat tempat kerja baru. Tapi, still tidak menyumbang apa-apa untuk keberuntungan company. Still, sebulan lepas makan gaji buta. Tanpa menyumbang apa-apa. But still...perkara sama akan terjadi juga untuk bulan ini. Di mana keberkatan yang diredhai untuk kerjaku? Aku ingin kerja yang aku lakukan, gaji yang aku dapat...diberkati oleh-Nya. Supaya dapat aku salurkan keberkatan tersebut untuk kedua orang tuaku, kepada keluargaku dan kepada sesiapa yang aku sumbangkan duit gajiku ini.
Semoga di hari penuh berkah ini, Engkau mendengar segala doa-doa dari hambamu yang kerdil ini ya Allah. Permudahkanlah. Permudahkanlah segala urusanku ya Allah. Permudahkanlah. Amin. Amin Amin.
No comments:
Post a Comment