Sunday, April 23, 2017

Kehilangan

Assalamualaikum

Orang tanya, sakit apa yang paling sakit.
Pertama aku jawab sakit gigi.
Keduanya, sakit kepala sebab Migrain.
Itu betul tapi sakit jenis itu, semua orang sudah lali.
Bagi aku, sakit yang terpaling bengkak, ialah KEHILANGAN.Melihat orang yang kau sayang dari jauh, itu sakit.
Melihat orang yang kau sayang tapi kau tahu dia bukan
milik kau,
itu paling sakit.
Melihat orang yang kau sayang tapi kau tak mampu tegurnya lagi,
itu maha sakit.
Melupakan segala kenangan manis bersama itu bukan mudah.
Kerana hati itu jenisnya mengingat.
Sekali manusia usik hati kau dan buat dia tersenyum,
dia akan ingat mungkin buat selamanya.
Kerana itu agama suruh jaga hati.
Kerana semuanya bermula dari hati.
Jujurnya,
bukan mudah, tahan tangan untuk capai telefon dan tanya
khabar seperti biasa.
Bukan mudah, tahan fikiran kau ingat manusia yang buat kau
sering tersenyum.
Bukan mudah, tahan tangan kau untuk capai mouse lihat
perkembangan dia.
Bukan mudah.
Tipulah kalau tak rindu.
Tipulah.
Hati kau bukan besi.
Kau mana boleh tipu hati kau.
Bila mana kau nak tipu, hati kau dah tahu.
Menyedihkan sungguh.
-(Reinkarnasi Bab18-Kehilangan)
 

Sejujurnya kehilangan buat kita sedar. Sedar betapa pentingnya setiap masa yang pernah kita lalui bersama. Kalau punya kuasa magis, ingin saja kita putar balik setiap masa yang pernah terluang bersama. Untuk perbaiki segala kesilapan yang pernah termeterai dulu. Kehilangan buat kita rasa tersungkur jauh, terobek dan tercarik hati. Andai setiap pertemuan itu tidak ada noktah berhentinya, tidak perlulah kita merasa betapa sakitnya suatu kehilangan. Biarkanlah kehilangan ini mematangkan lagi kehidupan di masa ke depan. Biar diri jadi lebih kuat, biar hati jadi lebih sabar.  
 
"Termenung sis mengenang setiap kehilangan yang sis lalui."

No comments:

Post a Comment