IF you really love someone, then let that person go. IF that person is meant for you, that person will come back to you eventually. BUT IF that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.
....
Kerana saya menyanyangi awaklah, saya melangkah pergi walaupun hati meronta untuk terus setia menunggumu, sentiasa berpegang dengan ucapan janji yang pernah diucapkan suatu ketika dulu. Saat susah senang, saat suka duka yang pernah kita hadapi bersama.
.....
Saya sentiasa akan terus berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai dan mencintai seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.
.....
Saya percaya pada takdir Allah yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal, sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya terhadap awak selama kita bersama.
.....
Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bujan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Allah dan kalaupun awak tak pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu adalah yang terbaik, untuk saya dan untuk awak.
Ikhlas,
Gadis yang pernah menyanyangimu sepenuh hati...
______________________________________________________
***Aku titip picisan ini untuk kamu,
Kataku tidak mampu bersuara untuk meluah semua rasa terbuku dalam diri.
Hanya mampu aku luah dengan taipan yang aku susun kemas untuk mudah kau baca.
Dari yang tulus mencintaimu, suatu ketika dulu.
yang ikhlas. |
No comments:
Post a Comment